DEME34
Program Diploma Teknologi Mekatronik ini adalah bagi pemohon yang mempunyai Sijil KemahiranMalaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:
(a) H-170-3 / H-176-3 : Juruteknik Automasi Senior; atau
(b) MC-091-3:2013 : Industrial Automation Engineering Supervision; atau
(c) MC-091-3:2016 : Industrial Automation Engineering System Assembly.
Kursus ini berpotensi besar dan sangat penting dalam industri masa kini. Ia menggabungkan Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Elektronik, Teknologi Komputer dan Kawalan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu. Antara subjek yang akan diajar adalah Lukisan Kejuteraan, Penggunaan Hidraulik & Elektro-Hidraulik, Penggunaan Pneumatic & Elektro-Pneumatik, Sistem Servo, Sistem Elektroik Industri, Sistem Elektrik Industri, Penggunaan dan Tentukuran Mesin CNC, Sistem dan Peralatan Automasi serta Pengurusan dan Penyeliaan. Pelajar akan dilatih supaya boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] Atau
Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2013] Atau
Juruteknik Automasi Senior [H-176-3] Atau
Juruteknik Industri Pembuatan [H-170-3]