Kursus TVET
Diploma Teknologi Pembuatan Pemesinan (DKM Tahap 4) #

DFPP34

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti merekabentuk, pemprosesan, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam teknologi pembuatan. Ia terdiri daripada tugas-tugas yang merangkumi konteks sejajar dengan pembangunan industri terkini. Pelajar akan mempelajari lukisan asas dan lanjutan dan reka bentuk (CAD/CAM) yang berkaitan Kejuruteraan, menggunakan mesin konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai, EDM Die Sinking dan Wire Cut. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan, pengurusan dan mata pelajaran am seperti Fizik, Aplikasi Komputer, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti tambahan dan kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk dapat merekabentuk dan membangun atau mengubah dan meningkatkan sistem atau peralatan yang digunakan dalam proses dan industri pembuatan serta mematuhi peraturan keselamatan dan prosedur yang ditetapkan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Had Umur
1.1 Calon berumur antara

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Kelayakan Akademik
2.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Juruteknik Pemesinan CNC [H-013-3] Atau

Juruteknik Mesin CNC [MC-032-3] Atau

Pemesin (Operasi Larik) [H-014-3] Atau

Pemesin (Operasi Kisar) [H-015-3] Atau

Pemesin (Operasi Canai) [H-016-3] Atau

Pemesin Kanan [MC-050-3] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2012]


Dan

3. Syarat Am Kemasukan
3.1 calon juga perlu memenuhi syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti Manufacturing Technician, QC Technician, CNC Programmer, Machinist Technician, CNC Machinist Technician, Product Designer, CAD/CAM Designer, Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA (JMTI)
Alamat
Institut Teknikal Jepun Malaysia
59, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 15
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
MUHAMAD HELMI BIN HASNAN
Telefon
045087800
Emel
adminjmti@jtm.gov.my
Laman Web
www.jmti.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
.