- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
UP_TVET adalah sistem permohonan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berpusat secara dalam talian yang dibangunkan bagi memudahkan proses permohonan kursus TVET yang ditawarkan oleh Institusi TVET di Malaysia.
Sistem ini dibangunkan untuk berfungsi sebagai saluran tunggal permohonan kursus TVET di Malaysia.
TVET adalah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical & Vocational Education and Training). Ia lebih dikenali sebagai kursus dalam bidang kemahiran.
Kursus TVET tidak semestinya setaraf dengan pendidikan akademik kerana ia memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal dan direka untuk menyediakan individu untuk bidang vokasional tertentu. Walau bagaimanapun, kursus TVET juga boleh mengandungi komponen akademik asas untuk meningkatkan penyelesaian masalah dan pengetahuan teknikal.
Ya, permohonan adalah percuma.
Permohonan boleh dibuat melalui laman web https://mohon.tvet.gov.my/. Anda boleh memuat turun Manual Pengguna untuk rujukan dengan mengklik Menu Manual Pengguna di bahagian kanan atas laman web.
Manual pengguna boleh didapati di Menu Manual Pengguna di portal UP_TVET. Video tutorial juga akan dikongsikan di media sosial UP_TVET dari semasa ke semasa.
Tidak perlu. Pemohon boleh merujuk katalog kursus TVET untuk melihat senarai kursus, maklumat terperinci seperti pra-syarat kursus, tempoh latihan, kemudahan, yuran, dan elaun tanpa perlu log masuk ke portal UP_TVET.
Untuk memastikan paparan dan fungsi sistem beroperasi dengan lancar, pengguna disyorkan menggunakan salah satu daripada pelayar dalam versi terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Microsoft Edge. Anda perlu memastikan fungsi JavaScript dan Pop-up diaktifkan.
Boleh, tetapi paparan terbaik adalah menggunakan laptop atau komputer/PC.
Ya, semua kursus yang ditawarkan di UP_TVET adalah di bawah akreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Terdapat juga kursus yang diiktiraf oleh badan lain seperti CIDB, Suruhanjaya Tenaga (ST), dan JKKP.
Program TVET terbuka kepada semua individu berumur 10 tahun dan ke atas (bagi institusi tertentu sahaja), termasuk graduan sekolah menengah, pekerja sedia ada, orang dewasa yang mencari perubahan kerjaya, dan individu yang ingin meningkatkan kemahiran. Pra-syarat terperinci kursus boleh dirujuk di "Info Kursus".
Had umur tertakluk kepada pra-syarat kursus dan institusi yang ditawarkan. Program TVET terbuka kepada individu berumur 13 tahun dan ke atas.
Boleh, tertakluk kepada pra-syarat kursus dan institusi. Graduan yang menamatkan kursus TVET mempunyai peluang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (contohnya MTUN dan UniKL).
Boleh, TVET terbuka kepada pekerja sedia ada. Kursus ditawarkan secara sepenuh masa atau separuh masa; maklumat lanjut boleh disemak di "Info Kursus".
Anda boleh melayari portal JPK untuk maklumat lanjut mengenai kaedah PPT di https://www.dsd.gov.my/ms/perkhidmatan?view=article&id=55:pengiktirafan-pencapaian-terdahulu-ppt&catid=15
Isu ini mungkin timbul kerana SKM pemohon tidak sama dengan SKM yang institusi tetapkan. Ia juga boleh berlaku sekiranya PPL belum kemaskini status Terampil dalam sistem MySPIKE. Selain itu, berkemungkinan rekod SKM pemohon tiada dalam MySPIKE (bagi tahun-tahun terdahulu sebelum MySPIKE digunakan).
Tidak perlu. Pengguna boleh log masuk menggunakan ID dan kata laluan akaun yang sama dengan portal MySPIKE atau portal TVET Madani.
Ini bermakna Nombor Kad Pengenalan tersebut sudah didaftarkan dalam portal UP_TVET/MySPIKE/TVET Madani sebelum ini. Anda perlu cuba reset kata laluan sekiranya anda lupa kata laluan akaun anda.
Anda boleh menggunakan fungsi Lupa Kata Laluan (Forgot Your Password?). Jika gagal atau tidak menerima emel, sila emelkan nama, no. IC, emel terkini yang aktif serta tangkap layar isu ke up_tvet@mohr.gov.my untuk semakan dan kemaskini.
Isu ini adalah sama seperti soalan no. 20 (rujuk reset kata laluan atau emel kepada meja bantuan UP_TVET).
Boleh.
Anda boleh mengemas kini maklumat di bahagian Maklumat Pemohon (Profil Pemohon), dengan merujuk Manual Pengguna.
Ya, boleh dikemas kini di bahagian Maklumat Pemohon.
Semua maklumat boleh dipinda kecuali Nombor IC dan poskod. Pemohon perlu daftar baharu dengan IC yang betul dan mohon semula kursus. Pindaan poskod perlu diemelkan kepada Urus Setia.
Ya, maklumat ibu kandung dan bapa kandung adalah wajib untuk semakan status bumiputera (bagi institusi yang mensyaratkan). Jika tiada maklumat bapa kandung (kes tertentu), isi Nama "Tiada", No. KP "Tiada" dan pendapatan "0". Maklumat penjaga boleh diisi selepas itu. Jika tiada maklumat no IC, boleh isi sebagai “Tiada”.
Pastikan semua maklumat profil lengkap, terutamanya status pekerjaan, kawasan parlimen dan DUN, dan no OKU (jika memilih OKU = "Ya").
Tidak boleh. Sistem perlu menggunakan data peribadi untuk proses permohonan dan penawaran kursus. Penggunaan data tertakluk kepada PDPA dan panduan berkuatkuasa.
Dokumen dimuat naik melalui URL salinan sijil (contohnya GDrive). Oleh sebab hanya menggunakan URL, tiada format dan had saiz maksimum yang ditetapkan.
Semak semula angka giliran, tahun, dan jenis SPM. Semak juga no IC di Profil Pemohon. Untuk SPM Ulangan, emelkan Salinan sijil SPM Ulangan beserta Nama dan No IC ke up_tvet@mohr.gov.my.
Tidak. Pemohon masih boleh kemaskini semua maklumat di Profil Pemohon walaupun Perakuan telah dihantar.
UP_TVET Perdana dibuka untuk ambilan Januari dan Julai setiap tahun, menawarkan kursus Jangka Panjang/Penuh dari Institusi Awam sahaja. UP_TVET Flexi dibuka sepanjang tahun mengikut takwim institusi, menawarkan kursus Jangka Panjang dan Jangka Pendek (Microcredential) dari Institusi Awam dan Swasta.
Ya, secara asasnya Institusi Awam di bawah 12 Kementerian pelaksana TVET. Walau bagaimanapun, ada Institusi Swasta tertentu (contohnya UniKL dan GMI) dikategorikan sebagai Institusi Awam kerana di bawah seliaan Kementerian pelaksana.
Tidak. UP_TVET Flexi melibatkan Institusi Awam dan Swasta. Kursus jangka pendek oleh Institusi Awam juga dibuat melalui UP_TVET Flexi. Selain itu, kursus jangka panjang Institusi Awam yang tidak ditawarkan dalam UP_TVET Perdana juga akan dibuat melalui UP_TVET Flexi.
UP_TVET Perdana: minimum 3 dan maksimum 5 kursus sebelum hantar permohonan. UP_TVET Flexi: tiada penetapan minimum/maksimum.
UP_TVET Perdana: hanya boleh Setuju Terima satu (1) tawaran kursus sahaja. Walau bagaimanapun, pemohon boleh mohon/setuju terima di UP_TVET Perdana dan Flexi dalam masa yang sama.
UP_TVET Perdana: tidak boleh dipinda/ditukar selepas dihantar. UP_TVET Flexi: pemohon boleh padam kursus yang tidak dikehendaki dan mohon semula kursus baharu.
Pemberian elaun atau insentif lain adalah mengikut ketetapan Institusi TVET yang menawarkan program di portal UP_TVET. Semak di "Info Kursus".
Log masuk ke UP_TVET dan semak di paparan Permohonan Kursus TVET di UP_TVET Perdana atau Flexi. Rujuk Manual Pengguna.
Ya, notifikasi penawaran akan dihantar melalui emel yang didaftarkan. Pastikan emel aktif dan terkini.
UP_TVET Perdana: slip permohonan Fasa Perdana boleh dimuat turun selepas permohonan dihantar. UP_TVET Flexi: tiada slip permohonan.
Keputusan akhir rayuan adalah sehari selepas tamat tarikh permohonan rayuan. Jika tiada tawaran diterima sehingga tarikh tersebut, permohonan dianggap tidak berjaya.
Pastikan telah memilih sekurang-kurangnya tiga (3) kursus. Ia juga mungkin kerana permohonan telah dihantar sebelum ini. Butang Hantar Permohonan tidak boleh ditekan selepas pemohon hantar permohonan dan telah mendapat slip permohonan.
Pastikan tiada masalah talian internet di tempat pemohon, kerana dokumen dimuat naik melalui URL link.
Hubungi Unit Pengambilan TVET (UP_TVET) melalui emel: up_tvet@mohr.gov.my atau Whatsapp Text: 019-2318243.
Pihak teknikal biasanya mengambil masa sekitar 7 hari bekerja untuk membaiki atau merespon aduan.
Berikan maklumat nama, No. IC, dan screenshot isu tersebut beserta dokumen lain yang dirasakan perlu dan berkaitan dengan isu tersebut.
Semak talian internet. Pastikan talian internet pemohon adalah stabil.