Kursus TVET
PENGUKIRAN KAYU

SS-200-3:2013

PUSAT LATIHAN INDUSTRI PERKAYUAN TERENGGANU, TERENGGANU

Pengenalan Kursus

Kursus Pengukiran Kayu di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) ditawarkan bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang seni pertukangan tradisional yang bernilai tinggi. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran mengukir, merekabentuk, dan menghasilkan produk seni berasaskan kayu dengan menerapkan nilai estetika warisan Melayu serta kecekapan teknikal yang relevan dengan keperluan industri semasa. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan didedahkan kepada aspek teori dan amali, termasuk:
1) Pengenalan kepada jenis-jenis kayu dan alatan ukiran,
2) Teknik asas dan lanjutan pengukiran,
3) Rekabentuk motif tradisional dan moden,
4) Kerja kemasan serta penyediaan produk ukiran,
5) Asas keusahawanan dan pemasaran produk berasaskan kayu.
6) Latihan dijalankan secara hands-on di bengkel ukiran dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang pertukangan dan seni warisan. Pelatih juga berpeluang menjalani latihan industri bersama pengukir profesional atau syarikat pembuatan perabot dan seni bina kayu.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
PEMOHON HENDAKLAH
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
HAD UMUR HENDAKLAH

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
KELAYAKAN AKADEMIK MINIMUM

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
SYARAT TAMBAHAN DIPERLUKAN
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
LAIN-LAIN SYARAT
Syarat Wajib

Syarat Umum:
1. 1. BEBAS KES JENAYAH BERAT 2. MEMILIKI KAD OKU KATEGORI MASALAH PEMBELAJARAN


Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan kursus ini berpeluang untuk bekerja sebagai: 1) Pengukir kayu tradisional atau moden, 2) Tukang kayu seni bina, 3) Pereka hiasan dalaman berasaskan kayu, 4) Tenaga pengajar atau jurulatih kemahiran, 5)Usahawan produk ukiran dan kraftangan kayu. 6) Selain itu, lulusan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seni halus, reka bentuk, atau teknologi kayu.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN INDUSTRI PERKAYUAN TERENGGANU
Alamat
LOT 3400, KAMPUS TTITC TERIS
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
FAIZ BIN OSMAN
Telefon
018 3674799
Emel
enquiry@ttitc.edu.my
Laman Web
https://ttitc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PINJAMAN YAYASAN TERENGANU/ PEMBIAYAAN SENDIRI, ASRAMA DISEDIAKAN