Kursus TVET
PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI

C259-008-3:2022;PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI

Pengenalan Kursus

Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai melaksanakan proses SMAW 1F, 2F, 3F, dan 4F fillet welding, 1G, 2G, 3G, 4G, 5G, dan 6G butt welding, SMAW 6GR butt welding, dan 1G submerged Arc Welding (SAW). Ia merupakan satu proses kimpalan arka yang menggunakan elektrod bersalut fluks sebagai bahan tambah dan pelindung. Fluks ini menjana gas pelindung semasa proses kimpalan dan melindungi logam cair daripada pencemaran udara.
Proses kimpalan ini paling mudah digunakan, kos yang efektif, serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi dan persekitaran kerja.
Pelatih dikehendaki:
a) Mengenl pasti keperluan kimpalan
b) Mempelajari 5 jenis penyambungan dalam kimpalan iaitu 't' joint, corner joint, lap joint, edge joint, dan butt joint
c) Menyediakan alat tangan, peralatan serta bahan habis guna
d) Menghasilkan struktur atau produk mengikut WPS
e) Menjaga kebersihan serta susun atur kawasan kerja

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45


Dan

2. Tahap kesihatan
2.1 Tidak mempunyai masalah kecacatan pada fizikal atau OKU fizikal.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Boleh membaca, menulis dan mengira

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Status Kewarganegaraan
4.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan lebih menjurus ke dalam industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam, dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus berpeluang bekerja sebagai jurukimpal di kilang penapisan minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik, dan juga loji jentera perindustrian atau menjalankan perniagaan sendiri untuk kerja mengimpal dan membuat kerja secara kontrak.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADVANCE TECHNOLOGY ACADEMY
Alamat
45, Jalan KP 3, Kawasan Perindustrian Kota Puteri, 48100 Batu Arang, Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
CHEOK AI SAN
Telefon
03-60874049
Emel
ata.my@yahoo.com
Laman Web
https://www.ata.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Advance Technology Academy (Kod Pusat Bertauliah L02080) telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada tahun 2009.
MISI:
1) Menyediakan tenaga kerja mahir kompeten dalam bidang TVET
VISI:
1) Menghasilkan tenaga kerja mahir yang berketrampilan dalam mengarus perdanakan kemahiran di Malaysia