Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANIKAL (FABRIKASI PAIP, MINYAK & GAS)

DMO 34

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PEKAN, PAHANG

Pengenalan Kursus

Program ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran pengurusan dalam kerja fabrikasi perpaipan yang digunakan dalam industri minyak, gas dan petrokimia. Pelajar didedahkan dalam pengurusan proses fabrikasi paip bermula daripada perancangan kerja, penyeliaan proses fabrikasi, kawalan kualiti sehingga penyelarasan projek fabrikasi perpaipan.

Tempoh belajar adalah 13 bulan (9 bulan pengajian di institut dan 4 bulan Latihan Industri).

Lulusan program ini mempunyai kemahiran untuk mengurus dan menyelia pelbagai proses dalam projek fabrikasi perpaipan.

Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian sarjana muda teknologi di Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang, Pahang.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 seperti berikut:

Operasi Fabrikasi Paip(Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-010-3:2011]

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
13 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelajar yang berjaya menamatkan latihan dalam bidang ini mempunyai kerjaya yang luas dalam bidang oil and gas seperti Piping Fabrication Supervisor, Site Supervisor, Welding Supervisor, Quality Control Inspector (QC) dan sebagainya.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PEKAN
Alamat
KM55,JALAN KUANTAN SEGAMAT
26600 PEKAN PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
MUHAMMAD AMIN BIN JAAFAR
Telefon
09-4514888
Emel
aminjaafar@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1) Asrama disediakan secara percuma.
2) Makan/minum disediakan secara percuma.
3) Elaun RM100-RM300 setiap bulan.
4) Yuran pengajian percuma.
5) Bantuan penempatan pekerjaan.