SGF 03
Kursus ini direka untuk mendedahkan peserta dengan prinsip-prinsip penghasilan makanan separa siap atau sedia dimasak (Ready-To-Cook (RTC)), siap dimasak atau dimakan (Ready-To-Eat (RTE)) serta sedia diminum (Ready-To-Drink (RTD)). Kurikulum latihan mengambil masa selama 2 tahun 3 bulan dimana peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan pengendalian bahan mentah, pengendalian penyediaan pesanan pengeluaran produk, penyelarasan penyelenggaraan mesin dan perlatan pemprosesan makanan, kawalan kualiti pemprosesan makanan, penyeliaan personel pemprosesan makanan dan penghasilan produk RTC, RTE dan RTD.
Peserta juga turut didedahkan dengan program jaminan keselamatan makanan melalui keperluan pematuhan Akta Makanan yang berkuatkuasa dan lain-lain badan pensijilan seperti MeSTI dan Halal. Elemen pemasaran produk turut ditekankan dengan pendedahan melalui pensijilan GMP dan HACCP bagi pasaran produk antarabangsa. Peserta berpeluang menggunakan peralatan dan mesin berkapasiti komersial dengan pematuhan peraturan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30