SMV 03 - COPTPA
Pelajar akan mempelajari mengenai pembaikan struktur badan pesawat seperti membaiki kepingan logam yang melibatkan perancangan, penyediaan susun atur, pembinaan dan pemasangan komponen pada badan pesawat.
Mempelajari kerja-kerja kepingan logam (sheet metal) yang melibatkan kaedah penyambungan dan pengikatan dengan menggunakan rivet, sealant dan kaedah lain yang berkaitan terhadap struktur badan pesawat (sheet metal).
Pelajar juga akan mempelajari cara menjalankan pemeriksaan secara visual mengikut prosedur bagi mengenalpasti jenis kerosakan pada struktur badan pesawat (sheet metal).
Tempoh pengajian adalah 24 bulan (21 bulan di institut dan 3 bulan Latihan Industri).
Pelajar juga boleh melanjutkan pengajian diploma dalam bidang berkaitan seperti Diploma Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang di UniKL MIAT.