- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
Kursus Pengukiran Kayu merupakan salah satu bidang kemahiran yang menekankan kepada seni dan teknik mengukir kayu secara tradisional dan moden. Ia menggabungkan kemahiran tangan, kreativiti, ketelitian serta pengetahuan dalam memahami sifat kayu untuk menghasilkan produk berukiran yang bernilai estetika tinggi dan komersial.
Pelatih akan didedahkan dengan pelbagai jenis ukiran seperti ukiran timbul, ukiran tebuk, ukiran halus, dan teknik kemasan yang sesuai bagi perabot, hiasan dalaman, seni bina dan kraftangan. Kursus ini juga memberi pendedahan tentang penggunaan peralatan tradisional dan moden serta aspek keselamatan kerja dalam bengkel.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60