- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
T982-001-3:2017
Program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak melengkapkan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara kontemporari, kompetensi pedagogi, dan kemahiran hubungan intelektual serta sosial. Melalui program ini, pelatih akan diberi pendedahan tentang cara penjagaan, pendidikan dan pendekatan asuhan yang betul untuk kanak-kanak semasa di Taman Asuhan Kanak-kanak.
Di samping itu, pelatih akan diberi pendedahan terhadap situasi sebenar proses penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di TASKA serta diterapkan dengan aspek-aspek keselamatan dan kebersihan. Para pelatih juga didedahkan dengan aspek perkembangan dalam Kurikulum Asuhan Dan Didikan Awal PERMATA.
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | C | Aktif |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis