SCR 03
Kursus ini merangkumi pembelajaran yang mengembangkan kemahiran dalam penjagaan rambut dan kulit kepala. Pembelajaran seperti menggunting rambut kreatif dan komersial, mewarna dan meluntur rambut adalah antara subjek yang dipelajari. Pembelajaran adalah melalui latihan teori, praktikal serta pendedahan industri dan turut merangkumi pengetahuan asas pengurusan perniagaan.
Sijil dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia JPK (www.dsd.gov.my) yang diiktiraf secara meluas oleh kerajaan dan pihak swasta. Sijil ini dapat digunakan bukan hanya memohon pekerjaan, tetapi juga.memulai perniagaan salon kecantikan di Malaysia.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30