- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
I561-005-2:2022
Kursus modul ini direka untuk mendedahkan para pelatih kepada asas kepada penyediaan makanan yang meliputi semua kemahiran dalam penyediaan dan pembuatan makanan sebagai pengendali makanan seperti kebersihan dan keselamatan di dapur, penggunaan perkakasan dan peralatan serta bahan-bahan yang sering digunakan dalam penyediaan makanan.
Dalam modul ini juga, pelatih akan belajar tentang Pengeluaran produk Breakfast,appetizer, Main Course, Dessert dan pengenalan tentang bagaimana untuk menjalankan operasi katering dan pengenalan kepada konsep katering.
Pelatih juga dapat menggambarkan bagaimana suasana semasa mereka di industri pada masa akan datang kerana setiap Latihan amali akan dijalankan di dapur yang berkonsepkan dapur industri bersama tenaga pengajar yang berpengelaman lama dalam bidang industri dan perhotelan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Syarat Umum:
1. 1. Tidak mempunyai masalah kesihatan (Penyakit Kronik/Kritikal/Hepatitis B atau C) / Tiada masalah mental 2. Tidak mempunyai rekod jenayah & Bebas dari pengaruh Dadah: 3. Tidak berdaftar dengan mana-mana penyedia latihan pada masa yang sama 4. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti; 5. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian