- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
C259-006-2:2020
Diploma Kejuruteraan Precis TTC direka bentuk dengan kerjasama Rakan Industri terkemuka seperti Panasonic, DRB Hicom dan Royal Selangor. Program ini dijalankan dengan penglibatan langsung pihak industri bagi memastikan pelajar memperoleh pendedahan yang relevan serta kemahiran praktikal yang diperlukan oleh majikan. Pelajar akan menjalani latihan amali, lawatan industri, serta projek sebenar yang memberi pengalaman dunia nyata yang berharga.
Diploma ini menawarkan laluan strategik kepada pelajar Malaysia untuk menceburi industri pemesinan dan kejuruteraan precis yang dinamik dan berkembang pesat. Dengan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir dalam sektor ini, graduan dijamin mempunyai peluang pekerjaan yang stabil serta gaji yang kompetitif.
TTC memastikan kebolehpasaran graduan dengan sokongan lebih daripada 250 Rakan Industri, memberikan akses kepada peluang pekerjaan yang kukuh serta potensi gaji yang menarik dalam industri pemesinan, kejuruteraan presis, dan pembuatan tempatan serta antarabangsa.
Keunikan Diploma Operasi Pemesinan (Kejuruteraan Precis) TTC:
✅ Kurikulum Berasaskan Industri – Dibangunkan bersama Rakan Industri untuk memastikan pelajar mempelajari kemahiran terkini dalam pemesinan dan kejuruteraan precis.
✅ Peluang Latihan Industri – Pelajar akan menjalani latihan praktikal dengan syarikat pemesinan dan kejuruteraan precis bagi membina pengalaman kerja sebelum tamat pengajian.
✅ Jaminan Kebolehpasaran Graduan – Graduan mempunyai kelebihan daya saing untuk memasuki pasaran kerja dengan peluang kerjaya dalam industri pembuatan, pemesinan, dan kejuruteraan precis.
✅ Peluang Kerjaya Global – Program ini membuka pintu kepada peluang pekerjaan di 250 syarikat tempatan & multinasional dalam sektor pembuatan, automasi, dan kejuruteraan precis!
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis