Kursus TVET
Diploma Teknologi Automotif Servis (DKM Tahap 4)

DTAS34

PROTON INSTITUTE (ADTEC MELAKA), MELAKA

Pengenalan Kursus

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengangkutan. Dalam kursus ini pelajar akan didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini bidang automotif merangkumi teknologi enjin, autotronik, reka bentuk komponen automotif, analisis struktur kenderaan dan kaedah undur terhingga, sistem penghantaran kuasa, sistem suspension dan chassis kenderaan.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN [G452-002-3:2018] Atau

Servis Diagnosis - Kenderaan Ringan [TP-300-3:2016] Atau

Juruteknik Kanan Kenderaan Motor [TP-300-3] Atau

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-3:2013]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor Automotif seperti; Eksekutif/ Juruteknik di kilang pengeluaran kereta. Eksekutif/ Juruteknik di pusat servis kereta Tenaga pengajar mahir di pusat-pusat latihan automotif Eksekutif/ Juruteknik di dalam sektor pengedaran dan pengimportan kenderaan. Usahawan pembuat/ vendor komponen. Selari dengan kepentingan negara yang digariskan dalam salah satu Objektif Dasar Automotif Negara iaitu untuk menggalakkan penyertaan yang kompetetif di dalam sektor pembuatan, pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam pembuatan komponen graduan dalam bidang ini, dijangka tidak akan menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PROTON INSTITUTE (ADTEC MELAKA)
Alamat
BANDAR VENDOR TABOH NANING
Negeri
MELAKA
Penyelaras
TENGKU ZUNIDA BINTI TENGKU YAHYA SHAH
Telefon
06-5527227
Emel
p.adtecmlk@mohr.gov.my
Laman Web
adtecmlk.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)