SMC 03
Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC) merupakan program pendidikan dan latihan teknikal yang memberi penekanan kepada penguasaan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pemesinan berkomputer menggunakan teknologi Computer Numerical Control (CNC). Kursus ini direka bentuk bagi memenuhi keperluan industri pembuatan yang semakin berkembang dan memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pengendalian mesin serta proses pengeluaran berasaskan teknologi moden.
Sepanjang mengikuti kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada asas dan lanjutan teknologi pemesinan CNC, termasuk lukisan kejuruteraan, metrologi, bahan kejuruteraan, proses pemotongan logam, penyediaan mesin CNC, pengaturcaraan CNC, Computer-Aided Manufacturing (CAM), penyediaan alat pemotong serta kawalan kualiti produk. Pelajar juga akan menjalani latihan amali bagi mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam menghasilkan komponen yang memenuhi spesifikasi, toleransi dan piawaian industri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30