- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
DWKA34
Program Diploma Teknologi Kimpalan bagi Kod Program DWKA34 adalah adalah program yang ditawarkan kepada lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Pelajar bagi program Diploma Teknologi Kimpalan ini akan didedahkan secara teori dan praktikal terhadap proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Teknik kimpalan yang akan dipelajari adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW), Plastic Welding dan pelbagai lagi selaras dengan perkembangan teknologi kimpalan pada masa kini. Pelajar juga akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti kimpalan, pemeriksaan dan pengujian hasil kimpalan, penyeliaan dan pelbagai lagi. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer bagi merancang dan memudahkan kerja-kerja kimpalan supaya lebih sistematik. Di akhir latihan, pelajar juga perlu menjalani latihan industri bagi memperolehi pengalaman kerja sebenar di industri sebelum menamatkan latihan.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Gas Logam [MC-025-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten [MC-026-3:2012] Atau
Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai(Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) [H-024-3] Atau
Juruteknik Kimpalan Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium) [H-025-3] Atau
Proses Kimpalan Arka Berteras Logam [MC-027-3:2012]