SEEI03
Program Teknologi Elektronik dibangunkan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Disamping itu, pelajar juga akan dilatih untuk membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik, membuat pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar, merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB), mengunakan PLC, sensor dan sistem hidraulik & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi kompleks, membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller, menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek/grafik dan menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekomunikasi.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis