- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
SWKA03
Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimpalan. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia, mereka bentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
Para pelajar juga akan mempelajari proses-proses kimpalan seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerged Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Pelajar juga akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian hasil kimpalan.
Para pelajar juga akan didedahkan dengan kaedah pemotongan logam seperti menggunakan "gas oksi-asitilin", "disc cutter", "plasma cutting" dan "power saw". Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer, Autocad, lukisan kejuruteraan, Asas keselamatan, fitting dan lain-lain.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis