- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
TA12
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz adalah laluan pembelajaran yang menggabungkan unsur TVET dan Tahfiz iaitu latihan kemahiran serta peruntukan masa program yang mesra Al-Quran dan pengulangan hafazan bagi mewujudkan dan melahirkan Huffaz generasi teknokrat MADANI. Program ini juga akan membuka peluang kepada Huffaz lepasan institusi pengajian Al Quran/Tahfiz dan madarasah bagi mengikuti program TVET di ILP Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada. Laluan kerjaya bagi Huffaz yang mengikuti program ini tersedia sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.
Di sini, IDEA dikembangkan melalui sistem latihan yang sistematik serta menggunakan unsur rekebentuk dalam menghasilkan lakaran idea dan persembahan yang berkesan dan mantap.
Pendedahan secara Teori dan Amali sentiasa diberikan bagi menghasilkan rekabentuk yang mampu menggabungkan fungsi dan estetika serta kaedah penyelesaian masalah rekabentuk secara kreatif dan sistematik.
Pelajar-pelajar dilatih menggunakan aplikasi seperti AutoCAD dan Autodesk Inventor serta perisian multimedia seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Menguasai tahap hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk
2. Beragama Islam