Kursus TVET
Wiring Instalation and Maintenance

MWA-1-111

Pengenalan Kursus

Program ini menampilkan latihan secara profesional, latihan berasaskan senario, dan latihan Penyamanan udara (air-condition) lanjutan khusus domestik dan industri mengenai pengukuran keluasan bilik, pemasangan penyamanan udara cara selamat, penggunaan peralatan tukang dengan betul, penyelenggaraan penyaman udara dan banyak lagi.
Program ini bertujuan memberi kemahiran pemasangan dan menyelenggara penyamanan udara. Kemahiran ini boleh memberi peluang usahawan dan juga kemahiran baharu kepada peserta yang telah bekerja.
Di akhir kursus peserta akan menduduki ujian Pentauliahan Juruteknik Sektor Penyejukbekuan dan Penyaman Udara yang dikawalselia oleh Jabatan Alam Sekitar

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Had umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Syarat Tambahan
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
7 Minggu

Prospek Kerjaya
Terdapat permintaan tinggi terhadap sistem penyaman udara yang lebih cekap tenaga (inverter) pada masa kini,kerana projek pembinaan rumah, kondominium, pusat beli-belah dan pejabat memberi peluang besar kepada kontraktor/juruteknik penyaman udara.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KEDAH INDUSTRIAL SKILLS & MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE (KISMEC)
Alamat
126, JALAN PKNK 1/1, KAWASAN PERUSAHAAN SUNGAI PETANI, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
NOR ATIKAH BINTI AZIZ
Telefon
04-4414619/462
Emel
kismec@kismec.org.my
Laman Web
www.kismec.org.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Modul latihan
 Keselamatan dan peraturan
 Jenis-jenis penghawa dingin
 Prinsip asas penyamanan udara
 Pembaikan dan penyelenggaraan
 Kesan penyejukan dan penyamanan udara kepada alam sekitar
 Alternatif kepada HCFC dan ciri-cirinya
 Kitaran penyejukan
 Pemulihan penyejukan, kitar semula,
 Pengendalian dan mencuci penghawa dingin yang betul
 Pengendalian dan mencuci sistem penyejukan penyamanan udara hidrokarbon yang betul
 Melakukan amalan yang baik dan langkah-langkah keselamatan.
 Cara-cara pemasangan penyamanan uadara jenis unit terpisah
 Kendalian Peralatan dan kelengkapan tangan
 Kendalian yang selamat bahan penyejukan
 Penyelenggaraan peralatan (mesin pemulihan, pam vakum dan pengecas bahan penyejuk (manifold gauge)
 Peperiksaan RSS oleh Jabatan Alam Sekitar