BM111
Program Diploma Pengurusan Sumber Manusia ini ditawarkan adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan meluas, teknikal, operasi dan kemahiran keusahawanan bagi membolehkan para pelajar mampu melaksanakan pengurusan dalam bidang-bidang tertentu berkaitan pengurusan sumber manusia dengan berkesan dan beretika, seterusnya dapat menyemai keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya dalam bidang pengurusan sumber manusia. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Pengurusan Sumber Manusia yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.
1.
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
2. Mana-mana Subjek SPM kecuali subjek berikut
Bil. Subjek : 3
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 6358 | BAHASA SEMAI |
| PNG Keseluruhan : | 0.00 |
| PNG Akademik : | 3.33 |
| PNG Vokasional : | 3.67 |
| Kod Mata Pelajaran | Mata Pelajaran | Wajib/Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|
| 1104 | BAHASA MELAYU | Wajib | E |
| 1251 | SEJARAH | Wajib | L |