Kursus TVET
Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (DKM Tahap 4) #

ME-020-4:2012

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Had Umur
1.1 Calon berumur antara

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Kelayakan Akademik
2.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Juruteknik Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara Kormersil [C-040-3] Atau

Juruteknik Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara Domestik [C-010-3] Atau

Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC [ME-020-3:2012]


Dan

3. Syarat Am Kemasukan
3.1 calon juga perlu memenuhi syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) menyediakan prospek kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan di sektor Awam atau Swasta atau menjalankan perniagaan sebagai Penyedia Perkhidmatan untuk memasang / menyelenggara /membekalkan unit penyaman udara. Selain peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta. Jika tidak, mereka masih boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

· Juruteknik Pemasangan/Servis AC
· Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan
· Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi
· Pembantu Jurutera Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
· Penolong Jurutera untuk perunding dan firma kontraktor
· Usahawan dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem penyaman udara domestik

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS
Alamat
LOT 2022, JALAN POKOK JENERIH
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ROSLINA BINTI MOHD YUSOFF
Telefon
04-5776100
Emel
bkklilpkbatas@gmail.com
Laman Web
www.ilpkbpp.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)