Kursus TVET
Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Lukisan Perpaipan) - TVET Tahfiz #

TA17

ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR (ILP SELANDAR), MELAKA

Pengenalan Kursus

Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz adalah laluan pembelajaran yang menggabungkan unsur TVET dan Tahfiz iaitu latihan kemahiran serta peruntukan masa program yang mesra Al-Quran dan pengulangan hafazan bagi mewujudkan dan melahirkan Huffaz generasi teknokrat MADANI. Program ini juga akan membuka peluang kepada Huffaz lepasan institusi pengajian Al Quran/Tahfiz dan madarasah bagi mengikuti program TVET di ILP Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada. Laluan kerjaya bagi Huffaz yang mengikuti program ini tersedia sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan). Semua modul yang terkandung di dalam latihan ini akan dinilai berasaskan keterampilan bagi memastikan setiap pelajar berkebolehan dan berkeupayaan melaksanakan modul-modul berkenaan mengikut tahap kemahiran yang dipelajari.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 16 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Pemohon berumur 16 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Persekolahan
Syarat Kemasukan Program
Syarat Wajib
Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Khas
Pemohon menguasai tahap hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk
Syarat Wajib
Pemohon mestilah

Syarat Umum:
1. menguasai tahap hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk
2. beragama Islam


Tempoh Pengajian
15 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi CADD Mekanikal (Oil & Gas):

Industri minyak dan gas
Pembinaan bangunan industri dan komersial
Limbungan dan pembinaan kapal
Pembuatan produk paip dan pemasangan
Infrastruktur dan paip bawah tanah
Kerja-kerja awam/kejuruteraan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR (ILP SELANDAR)
Alamat
LOT 1468, JALAN BATANG MELAKA
77500 SELANDAR, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Mohd Noorlizam bin Md Ali
Telefon
06-5303000
Emel
mohdnoorlizam@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpselandar.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Yuran Pengajian Percuma!!!

Fasiliti yang pelbagai ( Dewan kuliah,Makmal komputer,Perpustakaan,Kafe,Kemudahan Riadah)- Percuma!!!
Penginapan disediakan ( Kemudahan Asrama- satu bilik 2 orang penghuni ) - Percuma!!!
Makan dan minum disediakan ( Dewan Makan dengan sajian 4 kali sehari ) - Percuma!!!
Elaun diberikan ( RM 100 bagi pelajar biasa , RM 300 bagi pelajar OKU )
Kemudahan Internet - Percuma!!!