K18
Program Diploma Kemahiran Malaysia Teknologi CADD (Computer Aided Drafting & Design) Mekanikal (Pembuatan) adalah program yang dibangunkan khas kepada pelajar-pelajar yang berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia Pelukisan Pelan Mekanikal Tahap 3 (MC-080-3:2013). CADD ialah salah satu perkakasan penting di dalam semua bidang terutamanya bidang pembuatan, kerana memudahkan, mempercepatkan dan mengurangkan risiko dalam penghasilan produk.
Bahagian Tek. CADD Mekanikal (Pembuatan) di ILP Ipoh ialah satu-satunya Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) untuk Tek. CADD Mekanikal (Pembuatan) yang mengguna pakai kod NOSS Pentadbiran Servis Pelukisan Pelan Mekanikal (MC-080-4:2013).
Program DKM Tek. CADD Mekanikal (Pembuatan) bertujuan melahirkan tenaga mahir dalam bidang rekabentuk dan pembuatan, tertumpu kepada industri pembuatan terutamanya. Pelajar akan dilatih dalam pengurusan dan pentadbiran berkaitan pelukisan pelan mekanikal, proses rekabentuk dan pembuatan mekanikal di dalam industri pembuatan. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran berkaitan Revolusi Industri 4.0. Antara fokus pengajian berkaitan IR 4.0 ialah Pembuatan Aditif (Additive Manufacturing) dan Realiti Terimbuh (Augmented Reality).
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Pelukisan Pelan Mekanikal [MC-080-3:2013] Atau
Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Mekanikal [MC-081-3]