Kursus TVET
Diploma Teknologi Telekomunikasi (DKM Tahap 4)

L03

ADTEC JTM KAMPUS KULIM (ADTEC KULIM), KEDAH

Pengenalan Kursus

Kursus ini direkabentuk supaya dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan telekomunikasi serta elektrikal/elektronik . Kurikulum kursus ini mengandungi asas-asas sistem rangkaian telekomunikasi, PABX, sistem komunikasi analog dan digital, sistem pendawaian fiber optic dan copper , penggunaan lurang (mainhole) dan tiang (pole) dan juga penggunaan teknologi terkini iaitu teknologi tanpa wayar (wireless) 5G/4G/3G dan 2G. Teknologi Point to Point wireless communication, enterprise access point, Fiber to the home (FTTH), Voice over internet protocol (VoIP) dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi juga dimasukkan ke dalam silibus bidang telekomunikasi tersebut.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Juruteknik Telekomunikasi-Pemasangan [D-210-3] Atau

Juruteknik Telekomunikasi- Penyenggaraan [D-211-3] Atau

PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR PENGHANTARAN [EE-321-3:2012]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran / Penglihatan / Pertuturan / Fizikal / Pembelajaran / Mental / Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
.Para graduan berpeluang menjawat jawatan sebagai Pembantu Jurutera Telekomunikasi di sektor awam atau swasta seperti Telekom Malaysia, Astro Broadcast Asia Sdn Bhd , RTM,TV3, Malaysia Airport, Maxis, Celcom,Digi dan lain-lain syarikat berkaitan industri telekomunikasi.

Para graduan berpeluang bekerja di syarikat-syarikat yang berteraskan teknologi maklumat seperti syarikat yang mengendalikan sistem pelayan (server) untuk sistem rangkaian internet , CCTV atau sebagainya dan juga bekerja di pusat data (data centre) atau sebagai juruteknik IT helpdesk centre .

Akhir sekali, para graduan boleh juga berpeluang bekerja di sektor perkilangan elektrik dan elektronik sebagai juruteknik penyelenggaraan atau sebagainya.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KULIM (ADTEC KULIM)
Alamat
LOT 635, JALAN MAHANG, 09700 KARANGAN, KEDAH.
Negeri
KEDAH
Penyelaras
SABARINA BINTI ISMAIL
Telefon
044042975
Emel
norliza@jtm.gov.my
Laman Web
www.adteckulim.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)