- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
L02
Kursus ini menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berdasarkan penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:
- Membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- Membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- Merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB).
- Menggunakan PLC, sensor dan hidraulik & pneumatik sistem untuk mengendalikan sistem automasi kompleks.
- Membuat pengaturcaraan dan merekabentuk mikropemproses dan mikrokontroler berasaskan sistem.
- Menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik melalui sistem pengaturcaraan berdasarkan objek / grafik.
- Menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik [EE-021-3:2012] Atau
Juruteknik Kanan Elektronik Industri - Peralatan [E-011-3]