- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
A18
Program Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal Loji-Downstream) (A18) adalah merupakan program pensijilan minyak dan gas yang mapan dan diiktiraf secara meluas, memberi peluang kepada pelajar dalam mengembangkan pengetahuan dan kemahiran serta kemajuan dalam kerjaya. Kursus ini dirancang untuk mengintegrasikan konsep pembelajaran berdasarkan kompetensi dimana para pelajar diberi pendedahan berkenaan penyelenggaraan peralatan minyak dan gas, servis, kerja-kerja rigging dan slinging, melukis paip, dan juga pengurusan organisasi. Kursus ini mendedahkan para pelajar untuk melaksanakan tugas berdasarkan persekitaran kerja sebenar. KursusTeknologi Minyak dan Gas (Mekanikal Loji-Downstream) menggabungkan elemen-elemen penting dengan aspek teori dan amali dalam penyelenggaraan kilang, termasuk latihan langsung menggunakan pendekatan kerja berpasukan yang dipraktikkan dalam industri minyak dan gas.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis