- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
STAS03
Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis