SPPO03
Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang plastik. Pelajar akan diajar mengenai teori sifat dan ciri-ciri plastik(polimer). Membuat pengadunan bahan-bahan plastik dan bahan tambah, asas rekabentuk acuan plastik. Mengendalikan mesin pemprosesan produk plastik seperti proses-proses 'injection moulding', 'blow moulding', 'extrusion', 'blown film', 'compression moulding' dan 'vacum forming'. Pelajar juga diajar mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, pemprosesan dan mengoptimakan pengeluaran. Membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk. Menyelenggara mesin, alatan dan acuan.
Pengenalan Program
Program Penyeliaan Operasi Suntikan Acuan Plastik (Teknologi Polimer) merupakan program latihan kemahiran yang memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian serta penyeliaan proses suntikan plastik di industri pembuatan berasaskan polimer. Program ini memberi fokus kepada operasi mesin suntikan plastik, kawalan proses pengeluaran, penyelenggaraan asas mesin serta kawalan kualiti produk.
Pelajar akan mempelajari teknik penyediaan bahan mentah polimer, tetapan parameter mesin, pengendalian acuan, pemeriksaan produk serta penyelesaian masalah semasa proses pengeluaran. Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada aspek keselamatan industri, pengurusan pengeluaran dan amalan kerja yang sistematik mengikut piawaian industri semasa.
Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang teknologi polimer serta mampu mengendalikan operasi pengeluaran plastik secara cekap, berkualiti dan selamat.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Syarat Umum:
1. Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |
| 1249 | SEJARAH | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis