Kursus TVET
Diploma Teknologi Pembungkusan dan Rekabentuk

G01

TVETMARA LENGGONG (KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG), PERAK

Pengenalan Kursus

Diploma Teknologi Pembungkusan dan Reka Bentuk di TVETMARA Lenggong merupakan program yang memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang teknologi pembungkusan produk, reka bentuk grafik pembungkusan, pemilihan bahan pembungkusan, teknologi percetakan, pembangunan produk serta pengurusan kualiti pembungkusan.

Program ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan industri yang semakin memerlukan tenaga kerja mahir dalam menghasilkan pembungkusan yang bukan sahaja menarik dari segi estetika, malah mampu melindungi produk, mematuhi piawaian keselamatan dan meningkatkan nilai pemasaran sesuatu produk.

Sepanjang pengajian, pelajar akan mempelajari antaranya:

Asas reka bentuk pembungkusan
Perisian reka bentuk grafik (Adobe Illustrator, Photoshop dan seumpamanya)
Teknologi percetakan dan pelabelan
Bahan pembungkusan seperti kertas, plastik, logam dan bahan lestari
Pengurusan kualiti dan keselamatan pembungkusan
Pembangunan produk dan penjenamaan (branding)
Pengeluaran dan kawalan proses pembungkusan
Keusahawanan dan pemasaran produk

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Taraf Warganegara
Warganegara Malaysia (Wajib)
Syarat Wajib
Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Taraf Bumiputera
Bumiputera (Wajib)
Syarat Wajib
Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ATAU LULUSAN Institutu Kemahiran MARA'/Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/ILKS) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM),
Syarat Pilihan 1
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (termasuk Bahasa Melayu) DAN LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik

1. Lulus Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris

Bil. Subjek : 3
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH
1119 BAHASA INGGERIS
1449 MATEMATIK

2.

Mana - mana dua (2) mata pelajaran dari kumpulan di bawah

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
4531 FIZIK
4541 KIMIA
4551 BIOLOGI
4561 SAINS TAMBAHAN
4581 APPLIED SCIENCE
3759 LUKISAN KEJURUTERAAN
3771 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL
7101 PEMBINAAN DOMESTIK
7103 KERJA PAIP DOMESTIK
7104 PENDAWAIAN DOMESTIK
7105 KIMPALAN ARKA DAN GAS
7106 MENSERVIS AUTOMOBIL
7108 MENSERVIS PERALATAN PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA
7109 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
7403 PRODUKSI MULTIMEDIA
7405 PRODUKSI REKA TANDA
7107 MENSERVIS MOTOSIKAL
7407 REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL
7201 REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN
3760 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
8322 AUTOMOTIF ELEKTRIK DAN DISEL
8321 AUTOMOTIF KENDERAAN
8830 KERJA PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA
3762 PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
8202 APLIKASI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
8815 KERJA KAYU & BATA
8883 HORTIKULTUR HIASAN DAN LANDSKAP
8331 KIMPALAN ARKA
8332 KIMPALAN GAS
8828 LUKISAN GEOMETRI & AUTOMOTIF
8822 LUKISAN GEOMETRI & ELEKTRONIK
8811 TEKNOLOGI BENGKEL MESIN
8102 TEKNOLOGI BINAAN
8817 TEKNOLOGI ELEKTRIK
3764 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
8823 TEKNOLOGI KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM
8829 TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA
8863 TEKNOLOGI REKAAN FESYEN & MEMBUAT PAKAIAN
1511 SAINS
3770 SAINS KOMPUTER
2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL
1223 PENDIDIKAN ISLAM
3756 PRINSIP PERAKAUNAN
2280 GEOGRAFI
3766 PERNIAGAAN
5402 AL-SYARIAH
5226 TASAWWUR ISLAM
1225 PENDIDIKAN MORAL
6351 BAHASA CINA
5228 PENDIDIKAN SYARI'AH ISLAMIAH
5304 TURATH DIRASAT ISLAMIAH
6356 BAHASA IBAN
6357 BAHASA KADAZAN/DUSUN
2215 KESUSASTERAAN MELAYU

Dan

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
ATAU
Syarat Pilihan 2
LULUS Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran

PNGK Minimum : 2.00

Kod Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
900 Pengajian Am Pilihan C
910 Bahasa Melayu Pilihan C
911 Bahasa Cina Pilihan C
912 Bahasa Tamil Pilihan C
913 Bahasa Arab Pilihan C
920 Literature in English Pilihan C
922 Kesusteraan Melayu Komunikatif Pilihan C
930 Syariah Pilihan C
931 Usuludin Pilihan C
940 Sejarah Pilihan C
942 Geografi Pilihan C
944 Ekonomi Pilihan C
946 Pengajian Perniagaan Pilihan C
948 Perakaunan Pilihan C
950 Mathematics (M) Pilihan C
954 Mathematics (T) Pilihan C
956 Further Mathematics Pilihan C
958 Information and Communication Technology Pilihan C
960 Physics Pilihan C
962 Chemistry Pilihan C
964 Biology Pilihan C
4966 Sains Sukan Pilihan C
970 Seni Visual Pilihan C

Bil. Subjek Pilihan Diperlukan : 1 (Sekurang kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran)

ATAU
Syarat Pilihan 3
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

OPERASI PEMBUNGKUSAN HASIL PRODUK PEMPROSESAN MAKANAN [AF-012-3:2012] Atau

Pembuatan Pembungkusan Kotak Kertas [PG-100-3:2012] Atau

Operasi Pembungkusan Produk Makanan Segar [C107-001-3:2017] Atau

Operasi Pengeluaran Pembungkusan Mesra Alam [C222-003-3:2019] Atau

Rekabentuk & Pembangunan Produk Industri [MC-040-4:2013]

ATAU
Syarat Pilihan 4
Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 3.33
PNG Vokasional : 3.67
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib C
ATAU
Syarat Pilihan 5
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Teknologi, dalam bidang berkaitan Dari LULUSAN Institut Kemahiran MARA (IKM)/Institut latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
Minimum CGPA : 2.5

DAN
04
Kriteria Utama
Umur
Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun
Syarat Wajib
Berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan ke atas

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45

DAN
05
Kriteria Utama
Tahap Kesihatan
Sihat tubuh badan (Tidak menerima sebarang OKU)
Syarat Wajib
Sihat tubuh badan (Tidak menerima sebarang OKU)
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
36 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan Diploma Teknologi Pembungkusan dan Reka Bentuk mempunyai peluang untuk menceburi pelbagai sektor industri seperti makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, elektronik, percetakan serta industri pembuatan.

Antara jawatan yang boleh diceburi ialah:

Bidang Pembungkusan
Eksekutif Pembungkusan (Packaging Executive)
Penolong Jurutera Pembungkusan
Pegawai Kawalan Kualiti Pembungkusan
Teknologis Pembungkusan
Penyelia Pengeluaran Pembungkusan
Pegawai Pembangunan Produk
Bidang Reka Bentuk
Pereka Grafik
Pereka Pembungkusan Produk
Packaging Designer
Creative Designer
Brand Designer
Label & Artwork Executive
Bidang Industri dan Pengeluaran
Production Executive
Quality Assurance Executive
Process Technician
Manufacturing Coordinator
Procurement dan Packaging Material Executive
Bidang Keusahawanan

Graduan juga boleh menjadi usahawan dalam:

Perkhidmatan reka bentuk grafik
Percetakan dan pembungkusan
Konsultan penjenamaan produk
Pengeluaran produk makanan, kosmetik atau produk tempatan dengan jenama sendiri

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA LENGGONG (KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG)
Alamat
Mukim Durian Pipit
32400 Lenggong, Perak.
Negeri
PERAK
Penyelaras
NORAZMIDA HAI'IL BINTI AZMI
Telefon
05-7510007
Emel
norazmida.azmi@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Laluan Melanjutkan Pengajian

Selepas tamat diploma, graduan boleh meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang:

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembungkusan
Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian
Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembuatan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan

Institusi yang berpotensi menawarkan laluan sambungan termasuk:

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)