Kursus TVET
TERAPI BEKAM BASAH

Q869-005-4:2024,MP-110-3:2011;Program Penuh - Diploma Kemahiran Bekam

AVICENNA ACADEMY MALAYSIA - FAKULTI PERUBATAN (UniSZA), TERENGGANU

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Terapi Bekam Basah, Kod Q869-005-4:2024, merupakan program latihan berasaskan kompetensi yang dibangunkan mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini bertujuan melahirkan Perawat Bekam Basah profesional yang kompeten dalam memberikan perkhidmatan terapi bekam basah secara selamat, beretika dan mengikut standard industri serta keperluan perundangan yang berkaitan.

Program ini menggabungkan pembelajaran teori, latihan amali dan latihan berasaskan tempat kerja (Competency-Based Training – CBT) bagi memastikan pelatih menguasai pengetahuan saintifik, kemahiran klinikal serta etika profesional dalam bidang terapi bekam basah. Pelatih akan didedahkan kepada aspek konsultasi pelanggan, penilaian kesesuaian rawatan, teknik bekam basah menggunakan jarum dan pisau bedah (syartah), pengurusan sisa klinikal, sanitasi, pensterilan peralatan serta pengurusan perniagaan dan pemasaran perkhidmatan bekam.

Sepanjang latihan, pelatih turut mempelajari prinsip anatomi dan fisiologi manusia, kawalan jangkitan (infection control), keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dokumentasi rawatan, komunikasi profesional serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP). Program ini memberi penekanan kepada amalan kerja yang berkualiti bagi memastikan keselamatan pelanggan dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan terapi bekam basah.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakkan SKM
Kemahiran
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Syarat Wajib
Calon mestilah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 80

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Bumiputera
Syarat Wajib
Calon mestilah
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Jurubekam Profesional

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AVICENNA ACADEMY MALAYSIA - FAKULTI PERUBATAN (UniSZA)
Alamat
KAMPUS PERUBATAN
JALAN SULTAN MAHMUD
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
MOHAMAD SAIFULLAH BIN YUSOFF
Telefon
01121336397
Emel
avicennaacademymalaysia@gmail.com
Laman Web
avicennagroupmalaysia@gmail.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 — Terapi Bekam Basah (Q869-005-4:2024)

Program ini ditawarkan oleh Avicenna Academy Malaysia – Fakulti Perubatan UniSZA, Pusat Bertauliah JPK L03000, di Kuala Terengganu. Calon boleh memohon melalui laluan Persijilan Mengikut Tahap (Multi-Tier) atau Persijilan Tahap Tunggal (Single Tier), tertakluk kepada kelayakan dan tawaran pengambilan.

Latihan menggabungkan pembelajaran teori, demonstrasi, amali berpandu dan latihan industri. Pelatih mempelajari proses kerja daripada konsultasi pelanggan dan penyediaan ruang rawatan hingga pelaksanaan sesi bekam basah, pengurusan sisa dan pensterilan peralatan.