Kursus TVET
PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN MAMACARE

Q869-002-4:2016,Q869-002-3:2025;Program Penuh - Diploma Kemahiran Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (MamaCare)

AVICENNA ACADEMY MALAYSIA - FAKULTI PERUBATAN (UniSZA), TERENGGANU

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (MamaCare), Kod Q869-002-4:2016, merupakan program latihan kemahiran Tahap 4 yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja profesional dalam bidang penjagaan ibu selepas bersalin. Program ini memberi penekanan kepada penguasaan ilmu, kemahiran teknikal serta etika profesional dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin yang selamat, berkualiti dan mengikut amalan terbaik industri.

Sepanjang mengikuti program ini, pelatih akan mempelajari aspek pemulihan fizikal ibu selepas bersalin, teknik pengurutan selepas bersalin, penjagaan bayi baharu lahir, penyediaan pemakanan sihat serta senaman khusus bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan ibu. Selain itu, pelatih turut didedahkan kepada kemahiran komunikasi, pengurusan pelanggan, keselamatan dan kebersihan, dokumentasi perkhidmatan serta pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Program ini menggabungkan pembelajaran teori dan latihan amali berasaskan kompetensi (Competency-Based Training – CBT), bagi memastikan graduan bukan sahaja menguasai pengetahuan tetapi juga mampu melaksanakan tugasan mengikut standard industri. Graduan berpeluang berkhidmat sebagai Terapis Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (MamaCare Therapist), penyelia operasi pusat penjagaan selepas bersalin, usahawan dalam bidang penjagaan kesihatan wanita atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakkan SKM
Kemahiran
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Syarat Wajib
Calon mestilah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 80

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Bumiputera
Syarat Wajib
Calon mestilah
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Terapis Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AVICENNA ACADEMY MALAYSIA - FAKULTI PERUBATAN (UniSZA)
Alamat
KAMPUS PERUBATAN
JALAN SULTAN MAHMUD
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
MOHAMAD SAIFULLAH BIN YUSOFF
Telefon
01121336397
Emel
avicennaacademymalaysia@gmail.com
Laman Web
avicennagroupmalaysia@gmail.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 — Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare (Q869-002-4:2016)

Program ini ditawarkan oleh Avicenna Academy Malaysia – Fakulti Perubatan UniSZA, Pusat Bertauliah JPK L03000, di Kuala Terengganu. Calon boleh memohon melalui laluan Persijilan Mengikut Tahap (Multi-Tier) atau Persijilan Tahap Tunggal (Single Tier), tertakluk kepada kelayakan dan tawaran pengambilan.

Latihan menggabungkan pembelajaran teori, demonstrasi, amali berpandu dan latihan industri. Pelatih mempelajari cara melaksanakan penjagaan selepas bersalin dengan mengambil kira keperluan ibu, kebersihan dan keselamatan ibu serta bayi.

Program ini merangkumi lima unit kompetensi teras, iaitu Pengurutan Selepas Bersalin, Penyediaan Pemakanan Sihat, Pengendalian Bayi Baharu Lahir, Pemulihan Ibu Selepas Bersalin dan Senaman Ibu Selepas Bersalin. NOSS turut menyenaraikan satu unit elektif, iaitu Pengurusan Kerja-Kerja Umum. Antara aktiviti amali ialah urutan selepas bersalin, penyediaan hidangan untuk ibu, pengendalian bayi baharu lahir, mandian herba, bertungku, berbengkung dan demonstrasi senaman selepas bersalin.