SKR 03
Bagi jurusan ini, pelajar-pelajar akan dilatih bagi menguasai Kemahiran Rangkaian Komputer, bermula dengan asas mengenali peralatan, memasang dan membaik pulih Komputer Peribadi sehingga kepada mengawal server, termasuk menghubungkan dan mengenalpasti kerosakan pada Rangkaian Komputer. Pelajar akan didedahkan kepada sistem dan peralatan bagi sistem rangkaian Fiber Optik serta sistem rangkaian tanpa wayar (Wireless).
Pelajar juga akan turut didedahkan kepada pengendalian Sistem Server yang dikawal oleh Sistem Pengoperasian Windows dan Linux. Sepanjang mengikuti kursus ini pelajar akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Penilaian terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dilaksanakan secara berterusan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30