MC-091-3:2016,MC-091-2:2016;PEMASANGAN SISTEM KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI & PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN AUTOMASI INDUSTRI
Kursus ini memberi penumpuan mengenai sistem automasi dan robotik yang terbaru pada masa kini. Mekatronik mempunyai kombinasi dari pelbagai bidang seperti elektronik , elektrikal, mekanikal, sistem kawalan, komputer, rekabentuk automasi dan sebagainya. Pelatih akan mempelajari modul yang ditawarkan mengikut keperluan industri seperti Robotik, Elektronik, Elektrik, Pneumatik, Hydraulik, Pemesinan, Autocad, Programmable Logic Controller (PLC), Networking, Jigs and Fixtures serta membuat inovasi dalam rekacipta sedia ada di samping mempelajari kemahiran menguruskan projek dalam persekitaran berkumpulan.
Pelatih juga akan mempelajari Modul Wajib yang terdiri dari Core Abilities (CA) dan Modul Penyedia TVET. Pelatih akan diberi pendedahan dengan perkembangan teknologi semasa di samping merasai persekitaran kerja sebenar menerusi Latihan Industri selama tiga (3) bulan.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 40