Kursus TVET
RANGKAIAN KOMPUTER

DIKR34T

ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR (ILP SELANDAR), MELAKA

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) (DIKR34T) diwujudkan khusus untuk memperlengkapkan pelajar dengan keseimbangan kemahiran teori, praktikal, dan pengurusan terkini dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Pelajar akan didedahkan kepada aktiviti seperti mengkonfigurasi, merekabentuk, mengimplementasi dan menyelenggara sistem rangkaian, kawalan keselamatan dan pengurusan rangkaian. Pelajar juga diberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan sistem rangkaian berdasarkan dengan modul-modul dalam program Cisco sebagai nilai tambah untuk bersaing di pasaran pekerjaan.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Perkhidmatan Rangkaian Komputer [IT-030-3:2013] Atau

Juruteknik Rangkaian Komputer [IT-030-3] Atau

Juruteknik Rangkaian Komputer [D-051-3] Atau

Juruteknik Rangkaian Komputer [D-050-3] Atau

PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER [J619-003-3:2023]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Khas
Syarat Wajib
Pemohon mestilah :

Syarat Umum:
1. Beragama Islam
2. Menguasai tahap hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk


Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) berpeluang menceburi kerjaya sebagai; Network Administrator Networking Technician Assistant Network Engineer Network Support IT Administrator IT Technician Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR (ILP SELANDAR)
Alamat
LOT 1468, JALAN BATANG MELAKA
77500 SELANDAR, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
Norliza binti Nasarudin
Telefon
06-5303000
Emel
norliza_n@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpselandar.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)