IT-020-3:2013;Operasi Sistem Komputer (Computer System Operation)
Melatih individu dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan baik pulih sistem komputer serta rangkaian asas. Ia berfokus kepada kemahiran praktikal, termasuk konfigurasi perisian, penyelesaian masalah, dan keselamatan sistem, dan diantaranya Menyediakan latihan komprehensif dalam pengurusan perkakasan (hardware), perisian (software), dan rangkaian komputer (networking), Melakukan pemasangan komputer, sistem operasi (Windows/Linux), dan pemacu (drivers), Mendiagnosis dan membaiki masalah perkakasan dan perisian, Memasang, mengkonfigurasi, dan menyelenggara rangkaian setempat (LAN) asas, Menguruskan keselamatan sistem, antivirus, dan sandaran data (backup), dan Menyediakan laporan teknikal dan rekod penyelenggaraan. Semua latihan tertakluk kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan melalui Sistem Pesijilan Kemahiran Malaysia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
1.
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35