MC-091-3:2016,MC-091-2:2016;Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran teknikal dan kompetensi industri dalam bidang sistem automasi, kawalan elektrik, pneumatik, sensor, serta penyelenggaraan dan pengoperasian sistem mekatronik. Kurikulum program adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memastikan graduan memiliki pengetahuan, kemahiran praktikal, dan sikap profesional yang memenuhi keperluan industri.
Melalui pendekatan latihan berasaskan kompetensi, program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing serta berkeupayaan untuk menyokong perkembangan teknologi automasi dan industri moden. Di samping itu, program ini dilaksanakan secara persijilan tahap tunggal (single-tier) yang membolehkan pelajar mengikuti latihan secara berterusan daripada SKM Tahap 2 hingga SKM Tahap 3 dalam satu laluan pembelajaran yang tersusun dan sistematik. Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan tahap kemahiran secara progresif serta memperkukuhkan kebolehpasaran graduan dalam sektor industri berkaitan mekatronik dan automasi.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 55