TVET TAHFIZ (PROGRAM BRIDGING)
Bridging TVET Tahfiz ialah program laluan khas yang menggabungkan pendidikan Tahfiz dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membolehkan lepasan tahfiz meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran dan teknologi.
Objektif Program
Memberi asas Matematik, Sains dan Teknologi kepada pelajar tahfiz.
Meningkatkan kemahiran teknikal asas sebelum memasuki program diploma TVET.
Mengintegrasikan nilai al-Quran dan etika kerja Islam dalam pendidikan teknikal.
Menyediakan laluan kemasukan ke Diploma Pengeluaran Perabot.
Melahirkan teknologis yang kompeten, berakhlak dan berdaya saing.
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Perakuan Hafazan 5 Juzuk atau lebih Dari Pusat Tahfiz
Minimum CGPA : 0
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Syarat Umum:
1. Mempunyai Sijil/Surat pengesahan dari pusat tahfiz /madrasah (sila lampirkan sijil/surat pengesahan di ruangan profil pelajar di MAKLUMAT PERSIJILAN LAIN)
2. Perlu LULUS Program Bridging selama 3 bulan untuk ke program Diploma