T982-001-3:2017;Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tahap 3) merupakan suatu program latihan kemahiran yang ditawarkan dan direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengasuhan, penjagaan dan pendidikan kanak-kanak. Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan, kemahiran, dan etika serta sikap profesional yang diperlukan untuk mengendalikan serta mendidik kanak-kanak dari peringkat bayi hingga usia 4 tahun secara holistik.
Pelajar akan didedahkan kepada aspek penggendalian aktiviti rutin kanak-kanak di TASKA. Pelajar juga akan diberi pendedahan mengenai aspek perkembangan kanak-kanak seperti fizikal, emosi, sosial, bahasa dan kognitif, disamping mempelajari teknik pengasuhan yang selamat dan penyediaan aktiviti perkembangan yang sesuai. Selain itu, kursus ini turut menitikberatkan kepentingan keselamatan, pemakanan seimbang, dan kebersihan dalam persekitaran penjagaan.
Melalui latihan teori dan amali, pelajar akan memperoleh kemahiran praktikal untuk bekerja di TASKA atau Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Kursus ini juga bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab, penyayang, dan beretika dalam memastikan kesejahteraan serta perkembangan optimum kanak-kanak.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40