Kursus TVET
SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN

M14

TVETMARA KUALA LUMPUR (INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUALA LUMPUR), W.PERSEKUTUAN (KL)

Pengenalan Kursus

Program Sijil Teknologi Kimpalan direka bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan industri kimpalan serta fabrikasi logam masa kini. Program ini menggabungkan pembelajaran teori dan latihan amali secara intensif bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran kimpalan mengikut standard industri.

Pelajar akan mempelajari teknik kimpalan plat dan paip menggunakan pelbagai posisi kimpalan seperti 1G, 2G, 3G, 4G, 5G dan 6G melibatkan bahan karbon keluli, stainless steel dan aluminium. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan penggunaan mesin dan peralatan kimpalan, kerja fabrikasi, pemotongan logam, pemeriksaan kualiti kimpalan serta ujian tanpa musnah (NDT).

Program ini juga memberi penekanan kepada aspek keselamatan bengkel, pembacaan lukisan teknikal, penyediaan tempat kerja industri, disiplin kerja dan kemahiran teknousahawan bagi melahirkan graduan yang bersedia untuk memasuki alam pekerjaan serta berdaya saing dalam industri.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Taraf Warganegara
Warganegara (Wajib)
Syarat Wajib
Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Taraf Bumiputera
Bumiputera (Wajib)
Syarat Wajib
Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
LULUS Sijil Pelajaran Malaysia ATAU LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ATAU Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kompetensi atau profesional ATAU Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3 dengan lulus PMR ATAU PT3 ATAU Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3
Syarat Pilihan 1
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH
ATAU
Syarat Pilihan 2
Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kompetensi atau Profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA//ILKS) dalam bidang berkaitan

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Siji Profesional GIATMARA / Sjil Kompetensi atau Profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan Dari LULUSAN GIATMARA / IPTA/IPTS/ILKA / ILKS dalam bidang berkaitan
Minimum CGPA : 0

ATAU
Syarat Pilihan 3
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

Pemeriksaan Kimpalan [MC-060-2:2012] Atau

Pemeriksaan Ultrasonik- Binaan Berkimpalan (Plat & Paip)Minyak & Gas [MC-113-2:2015] Atau

Pentafsiran Radiografi – Pembinaan Berkimpalan [MC-115-2:2016] Atau

Pemeriksaan Radiograf- Binaan Berkimpalan (Minyak & Gas) [MC-110-2:2015]

ATAU
Syarat Pilihan 4
Sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 3 dengan LULUS PMR ATAU PT3 ATAU Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3 sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi Kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
Umur
Umur mestilah sekurang-kurangnya 16 tahun sehingga 45 tahun
Syarat Wajib
Umur mestilah sekurang-kurangnya 16 tahun sehingga 45 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45

DAN
05
Kriteria Utama
Kriteria Tambahan Lain
Sihat tubuh badan (Tidak menerima sebarang OKU)
Syarat Wajib
Tahap Kesihatan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Jurukimpal Industri (Industrial Welder) Jurukimpal Paip (Pipe Welder) Jurukimpal Fabrikasi Juruteknik Kimpalan Operator Mesin Kimpalan Penyelia Bengkel Fabrikasi Pembantu Pemeriksa Kimpalan Technician Maintenance Pekerja Mahir Industri Berat Usahawan Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA KUALA LUMPUR (INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUALA LUMPUR)
Alamat
JALAN BELANGKAS, KG. PANDAN,
55100 KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
NUR AMIRA BINTI AB GHAFA
Telefon
03-92844535
Emel
nuramira.ghafa@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-