N791-008-3:2025;Kursus Pemandu Pelancong
Kursus Pemandu Pelancong diwujudkan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan professional dalam bidang pelancongan. Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik pengendalian pelancong. Komunikasi berkesan, pengetahuan sejarah, budaya, warisan, serta destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa.
Peserta juga akan dilatih dalam aspek etika, keselamatan, pengurusan lawatan dan kemahiran penyampaian maklumat supaya mampu memberikan pengalaman pelancongan yang berkualiti kepada pelancong. Kursus ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk membina kerjaya sebagai pemandu pelancong professional serta memenuhi keperluan industri pelancongan yang semakin berkembang.
Kursus ini dikawal selia oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan diselaraskan dibawah system TVET Negara.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
|---|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | Aktif | |
| 1249 | SEJARAH | Wajib | E | Aktif |
Syarat Umum:
1. Lulus SPM dan lulus mana-mana enam (6) mata palajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Warganegara Malaysia Sahaja.
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 75