Kursus TVET
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

F432-005-3:2019,F432-005-2:2019;PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA

KOLEJ ANTARABANGSA MIGHTY SKILLS, NEGERI SEMBILAN

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka untuk mendedahkan kepada peserta konsep teori dan praktikal pemasangan & penyelenggaraan elektrik tiga fasa. Peserta akan melakukan kerja-kerja teknikal pendawaian tiga fasa berdasarkan lakaran dan peralatan yang disediakan. Ia juga melibatkan penyelenggaraan pendawaian, pemasangan perkakas dan motor serta pengujian pendawaian tiga fasa.

Kursus ini dijalankan berpandukan NOSS yang telah dikemaskini bagi menyediakan individu kompeten untuk memenuhi keperluan pekerjaan hari ini. Pelatih yang selesai mengikuti kursus ini dijangka kompeten dalam melaksanakan kompetensi teras berikut:
• Pendawaian Dosmetik tiga fasa
• Lukisan pendawaian tiga fasa
• Penyelenggaraan pendawaian tiga fasa
• Pemasangan motor dan motor kawalan tiga fasa
• Mengesan kerosakan dan penyelenggaraan perkakas elektrik tiga fasa
• Pengujian dan pentauliahan pendawaian tiga fasa
• Fungsi penyeliaan

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Calon mestilah berumur antara 15 hingga 40 tahun sahaja.

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40

DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Calon mestilah sekurang - kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira.

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
15 Bulan

Prospek Kerjaya
Juruteknik/juruelektrik, wireman, pembantu jurutera elektrik, juruteknik kawalan mutu industri pembuatan semikonduktor, perkilangan barangan elektrik, pembuatan komponen voltan tinggi & rendah, usahawan, tenaga pengajar (selepas memiliki VTO)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ ANTARABANGSA MIGHTY SKILLS
Alamat
NO. 577-584 & 598, JALAN HARUAN 4/8, OAKLAND COMMERCIAL CENTRE,
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
DR HELMINIRY HAD BIN SABTU
Telefon
0123019952
Emel
kolejmightyskills@gmail.com
Laman Web
www.mightyskills.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman pengajian disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi yang layak.
PTPK menyediakan pinjaman yuran pengajian dan elaun tambahan seperti kos sara hidup RM600 atau RM400, elaun komputer riba dan elaun pengangkutan.
Hostel disediakan oleh kolej