MC-024-3:2012;Sijil Teknologi Kimpalan Arka
Kursus Proses Kimpalan Arka Tahap 3 ini ditawarkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam melaksanakan kerja-kerja kimpalan arka ke atas kepingan logam mengikut piawaian industri. Kursus ini memberi penekanan kepada penguasaan teknik kimpalan yang tepat, pemilihan parameter kimpalan yang sesuai serta pematuhan kepada prosedur keselamatan dan kualiti kerja.
Kemahiran lanjutan dalam penyediaan bahan, pelaksanaan kimpalan bagi pelbagai posisi, serta pemeriksaan hasil kimpalan akan didedahkan bagi memastikan kekuatan dan ketahanan sambungan. Selain itu, kursus ini turut menekankan aspek penyelesaian masalah, kawalan kecacatan kimpalan serta amalan kerja profesional yang selaras dengan keperluan industri semasa.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. Tiada kecacatan fizikal
2. Lulus temuduga