S960-003-2:2021;PENGGUTINGAN RAMBUT
Kursus Barber (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2) adalah program latihan kemahiran yang memberi penekanan kepada teknik asas dan lanjutan dalam bidang barbering secara teori dan praktikal. Kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam perkhidmatan gunting rambut lelaki, penjagaan rambut dan janggut, kebersihan tempat kerja serta layanan pelanggan mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).