Kursus TVET
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

F432-005-3:2019;PEMASANGAN & PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA

Pengenalan Kursus

Kursus Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa direka khas untuk memberikan pengetahuan serta kemahiran praktikal kepada peserta dalam memahami, memasang, menguji dan menyelenggara sistem elektrik tiga fasa yang digunakan secara meluas dalam sektor industri, komersial dan bangunan berskala besar.

Sistem elektrik tiga fasa merupakan tulang belakang kepada operasi mesin berat, motor industri, panel agihan dan pelbagai peralatan berkuasa tinggi. Oleh itu, penguasaan terhadap prinsip kerja, keselamatan, teknik pemasangan dan kaedah penyelenggaraan adalah sangat penting bagi memastikan operasi yang selamat, cekap dan mematuhi piawaian.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KELAYAKKAN AKADEMIK
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45


Atau

1.3
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
1 Bulan

Prospek Kerjaya
Bidang pemasangan dan penyelenggaraan elektrik tiga fasa menawarkan peluang kerjaya yang luas dan stabil, terutama dalam sektor perindustrian, komersial dan pembangunan infrastruktur. Kemahiran dalam sistem tiga fasa sangat penting kerana hampir semua peralatan berat, mesin industri dan bangunan moden bergantung kepada bekalan tiga fasa untuk beroperasi dengan selamat dan efisien.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ WIT
Alamat
JALAN BANTING, OFF JALAN PANDAMARAN, PANDAMARAN
42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MKUMUTHA A/P MUNIANDY
Telefon
03-31688859
Emel
admission@wit.edu.my
Laman Web
https://wit.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelatih akan ditawarkan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan pembayaran yuran pengajian terus kepada Pusat Bertauliah dan menerima elaun sara diri sebanyak RM600.00. Selain daripada itu, kemudahan seperti tempat penginapan disediakan, kafeteria, surau dan kemudaahn rekreasi dalam satu kawasan di Kolej WIT.