MC-CU05
Kursus Online Sales direka bagi membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk melaksanakan aktiviti jualan secara dalam talian menggunakan pelbagai platform digital yang relevan dengan keperluan pasaran semasa. Program ini memberi penekanan kepada aspek perancangan, penyediaan bahan pemasaran digital, pelaksanaan strategi jualan, pengurusan pelanggan serta analisis prestasi jualan secara sistematik.
Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada kaedah dan teknik jualan online yang berkesan bagi membantu meningkatkan keupayaan menjana jualan, memperluaskan capaian pasaran serta mengukuhkan daya saing perniagaan dalam persekitaran digital. Selain itu, peserta juga akan mempelajari kaedah mengukur keberkesanan aktiviti jualan melalui penggunaan data dan laporan prestasi bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Setelah menamatkan kursus ini, peserta akan berupaya mengenalpasti keperluan asas jualan online, menyediakan bahan jualan digital yang kreatif dan berkesan, melaksanakan strategi jualan di pelbagai platform digital, menilai prestasi jualan berdasarkan data serta menyediakan laporan jualan yang teratur dan profesional.
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis