NCS-014:2021
Program Pembangunan Keusahawanan (Kod: NCS-014:2021) bakal melahirkan usahawan berdaya saing yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap keusahawanan profesional. Peserta akan didedahkan dengan asas memulakan perniagaan, pengurusan perniagaan, strategi pemasaran termasuk digital marketing, pengurusan kewangan serta pembangunan rangkaian perniagaan.
Melalui pendekatan teori, praktikal dan projek sebenar, program ini membolehkan peserta menyediakan pelan perniagaan yang berdaya maju serta bersedia menceburi bidang keusahawanan. Ia sesuai untuk individu berumur 18–50 tahun yang berminat menjadi usahawan sepenuh masa dan komited mengikuti latihan intensif.
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis