Kursus TVET
Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti

DS-010-3:2013,DS-010-2:2013;Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti / Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Pengenalan Kursus

Kursus Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti (DS-010-3:2013) adalah program latihan yang dirancang untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam bidang keselamatan. Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelatih dengan pengetahuan serta kemahiran dalam menyelia operasi keselamatan, mengendalikan kawalan risiko, serta memastikan pematuhan prosedur keselamatan di tempat kerja.

Kursus ini berpandukan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS) dan melayakkan pelatih memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.

Objektif Kursus
1. Menguasai konsep dan teknik penyeliaan dalam operasi keselamatan.
2. Memahami dan melaksanakan prosedur pengurusan risiko serta kawalan keselamatan.
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam menyelia pegawai keselamatan.
4. Mengendalikan latihan dan taklimat keselamatan kepada pasukan keselamatan.
5. Menyediakan laporan dan dokumentasi berkaitan insiden serta pemantauan keselamatan.
6. Memastikan pematuhan undang-undang, peraturan, dan etika profesional dalam bidang keselamatan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Berumur 16 tahun ke atas
2.1 Berumur 16 tahun sehingga 45 tahun sahaja

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
1. Penguatkuasa 2. Pegawai Keselamatan 3. Pengiring Rapat (Bodyguard) 4. Escort 5. Penyiasat Persendirian 7. Tenaga Pengajar Bidang Kemahiran

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SECURITY PLUS ACADEMY
Alamat
NO. 63-2, 65-2 & 67-2, LEVEL 3
JALAN KAMPUNG PANDAN
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
UTHAYAKUMAR A/L THIAGU
Telefon
03-9202 9443
Emel
alex@securityplus.org.my
Laman Web
https://securityplusacademy.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program dijalankan secara fizikal di premis institusi dan melibatkan pembelajaran teori serta latihan amali berasaskan TVET