Kursus TVET
Lukisan Pelan Senibina

BC-050-3:2013;LUKISAN PELAN SENIIBINA

Pengenalan Kursus

Sijil Lukisan Pelan Senibina adalah program kemahiran di dalam penyediaan lukisan pelan senibina sesuai dengan kehendak industri masa kini. Pelajar akan didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Akta-akta yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses merekabentuk sesebuah bangunan atau binaan. Pelajar akan memperolehi kemahiran dalam menyediakan lukisan persembahan secara manual dan berkomputer serta kemahiran asas dalam merekabentuk model-model bangunan.

Program adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang pengajian (sektor pembinaan) selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara. Selain itu, ia juga menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah di dalam sektor pembinaan secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Graduan akan memperolehi kemahiran mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 16-40

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 40


Dan

2. Warganegara Malaysia
2.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. 3M - Membaca menulis dan mengira
3.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

4. Tiada pendidkan formal
4.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Tempoh Pengajian
18 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelukis Bangunan (Technical Assistant), Building Draughtsman (Architecture), Pelukis Bangunan (Engineering), Pelukis CAD.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
RENG ACADEMY
Alamat
B1201, LEVEL 12, PHILEO DAMANSARA 2, JALAN DAMANSARA 46350 PETALING JAYA, SELANGOR

PREMIS TAMBAHAN
B1202, LEVEL 12, PHILEO DAMANSARA 2, JALAN DAMANSARA 46350 PETALING JAYA, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
RACHEL ENG JIA MIN
Telefon
03-79558668
Emel
INFO@RENGACADEMY.COM
Laman Web
https://www.rengcollege.edu.my/sijil-lukisan-pelan-senibina/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Elaun sara diri diberi sepanjang tempoh latihan