F432-005-3:2019,F432-005-2:2019;PEMASANGAN DAN PENYELENGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa di MTSA adalah program Tahap Tahap Tunggal yang menggabungkan Tahap2 dan 3, dimana pelajar akan lulus serta mendapat sijil tertinggi iaitu Tahap 3. Pelajar dapat memberi tumpuan kepada kemahiran yang lebih kompleks dalam sistem elektrik tiga fasa. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan penyelesaian masalah sistem elektrik industri serta bangunan komersial yang menggunakan bekalan tiga fasa.